Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu perkara yang pasti bahawa Syurga dan Neraka adalah dua tempat balasan yang Allah s.w.t. ciptakan. Syurga diciptakanNya sebagai tempat tinggal yang abadi bagi kaum Muslimin dan Muslimat dan Neraka sebagai tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan pelaku dosa yang Allah s.w.t. telah melarang darinya. Setiap Muslim yang mengerti keadaan Syurga dan Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi penghuni Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah fitrah.
Suatu perkara yang pasti bahawa Syurga dan Neraka adalah dua tempat balasan yang Allah s.w.t. ciptakan. Syurga diciptakanNya sebagai tempat tinggal yang abadi bagi kaum Muslimin dan Muslimat dan Neraka sebagai tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan pelaku dosa yang Allah s.w.t. telah melarang darinya. Setiap Muslim yang mengerti keadaan Syurga dan Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi penghuni Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah fitrah.
Membicarakan
tentang Neraka dan penghuninya, yang mana mayoritas penghuninya adalah
wanita kerana sebab-sebab yang akan dijelaskan nanti.
Sebelum
kita mengenal wanita-wanita penghuni Neraka alangkah baiknya jika kita
menoleh kepada peringatan-peringatan Allah s.w.t. di dalam Al Quran
tentang Neraka dan azab yang tersedia di dalamnya dan perintah untuk
menjaga diri daripadanya.
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim ayat 6)
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim ayat 6)
Imam
At-Tobari (rahimahu ‘Llah) menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah
kepada keluargamu amalan ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari
Neraka.”
Ibnu Abbas r.a juga
mentafsirkan ayat ini : “Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah,
takutlah kamu untuk bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga kamu untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kamu dari Neraka.”
Masih banyak tafsir para sahabat dan ulama lainnya yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan keluarga dari Neraka dengan mengerjakan amalan soleh dan menjauhi maksiat kepada Allah s.w.t.
Di dalam surah lainnya Allah s.w.t. berfirmanyang bermaksud :
“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Surah Al Baqarah ayat 24)
“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Surah Al Baqarah ayat 24)
Sahabat
yang dimuliakan, Begitu pula dengan ayat-ayat lainnya yang juga
menjelaskan keadaan Neraka dan perintah untuk menjaga diri daripadanya.
Kedahsyatan dan kengerian Neraka juga dinyatakan Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sahih dari Abu Hurairah r.a bahawasanya baginda bersabdayang bermaksud :
“Api kamu yang dinyalakan oleh anak cucu Adam ini hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian Neraka Jahanam.”
“Api kamu yang dinyalakan oleh anak cucu Adam ini hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian Neraka Jahanam.”
Jikalau
api dunia saja dapat menghanguskan tubuh kita, bagaimana dengan api
Neraka yang panasnya 70 kali ganda dibandingkan dengan panas api dunia?
Semoga Allah S.W.T. menyelamatkan kita dari api Neraka.
WANITA PENGHUNI NERAKA
Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Hadis ini
menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w
tentang penghuni Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir
miskin) dan Neraka yang majoriti penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis
ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke
dalam Neraka dan menjadi majoriti penghuninya, namun demikian
sebab-sebab tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.
Di
dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para
sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang ,
Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat
Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:
“
… dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan
seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum
wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai
Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda
menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap
kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang
di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu
pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak
pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam
Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“
… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang,
melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari
ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti
bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya
Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan
sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :
“Penyebab
sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang
mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada
kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya
akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan
kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum
lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka,
kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka
dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap
agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)
Jika
kita perhatikan keterangan dan hadith di atas dengan insaf, nescaya
kita akan dapati beberapa sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam
Neraka bahkan menjadi majoriti penghuniya dan yang menyebabkan mereka
menjadi golongan minoriti dari penghuni Syurga.
1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :
Rasulullah
s.a.w menjelaskan hal ini pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran
seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga
kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan
suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang
tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata pepatah,’panas
setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal yang harus dilakukan oleh
seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya,
janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami kerana Allah s.w.t.
tidak akan melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah
s.a.w :
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”
(Hadis Riwayat Nasaie)
(Hadis Riwayat Nasaie)
Hadis
di atas adalah peringatan keras bagi kaum wanita muslimah yang
menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan SyurgaNya. Maka tidak layaklah
bagi wanita yang mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan
suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau meminta dan banyak
mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk
diperbesar-besarkan.
Jika sedemikian
keadaannya, maka sangat tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur
terhadap suaminya serta kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w
sebagai majoriti kaum yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak
kekal didalamnya.
Cukup sekiranya
isteri-isteri Rasulullah s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri tauladan
bagi isteri-isteri kaum muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang
diberikan suaminya kepadanya.
2. Durhaka Terhadap Suami
Kedurhakaan
yang dilakukan seorang isteri terhadap suaminya pada umumnya berupa
tiga bentuk kedurhakaan yang sering kita jumpai pada kehidupan
masyarakat kaum Muslimin. Tiga bentuk kedurhakaan itu adalah :
1. Derhaka dengan ucapan.
2. Derhaka dengan perbuatan.
3. Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.
2. Derhaka dengan perbuatan.
3. Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.
Bentuk
pertama ialah seorang isteri yang biasanya berucap dan bersikap baik
kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya, tiba-tiba berubah
sikap dengan berbicara kasar
dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya. Atau ia memenuhinya
tetapi dengan wajah yang menunjukkan rasa tidak senang atau lambat
mendatangi suaminya. Kederhakaan seperti ini sering dilakukan seorang
isteri ketika ia lupa atau memang sengaja melupakan ancaman-ancaman
Allah terhadap sikap ini.
Termasuk
bentuk kederhakaan ini ialah apabila seorang isteri membicarakan
perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya
tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Atau ia menuduh suaminya dengan
tuduhan-tuduhan yang bermaksud untuk menjatuh dan merosak kehormatannya
sehingga suaminya dipandang hina di mata orang lain. Begitu juga
apabila seorang isteri meminta talak atau di khulu’ (dicerai) tanpa
sebab syar’i. Atau ia mendakwa telah dianiaya atau dizalimi suaminya
atau lain-lainnya.
Permintaan cerai
biasanya di awali dengan pertengkaran antara suami dan isteri kerana
ketidakpuasan isteri terhadap kebaikan dan usaha suami. Atau yang lebih
menyedihkan lagi bila hal itu dilakukannya kerana suaminya berusaha
mengamalkan syari’at-syari’at Allah s.w.t. dan sunnah-sunnah Rasulullah
s.a.w. Sungguh hina sekali apa yang dilakukan isteri seperti ini
terhadap suaminya.
Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w :
“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Bentuk kederhakaan kedua
yang dilakukan para isteri terjadi apabila seorang isteri tidak mahu
melayani keperluan batiniyah suaminya atau bermuka masam ketika
melayaninya atau menghindari suami ketika hendak disentuh dan dicium
atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya dan yang
seumpamanya.
Termasuk dari bentuk ini
ialah apabila seorang isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun
hanya untuk mengunjungi kedua orang tuanya. Tindakan ini sebenarnya
adalah seakan-akan seorang isteri lari dari rumah suaminya tanpa sebab
syar’ie. Demikian pula jika isteri enggan untuk bersafar (melakukan
perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, membuka
dan menampakkan apa yang seharusnya ditutupi dari anggota tubuhnya
(aurat), menerima tetamu tanpa izin suaminya, berjalan di tempat umum
dan pasar-pasar tanpa mahram, bersenda gurau atau berbicara lemah-lembut
penuh mesra kepada lelaki yang bukan mahramnya dan yang lain-lain.
Begiti
juga apabila seorang isteri tidak mau berdandan atau mempercantikkan
diri untuk suaminya padahal suaminya menginginkan hal-hal itu, melakukan
puasa sunat tanpa izin suaminya, meninggalkan hak-hak Allah seperti
solat atau puasa Ramadhan.
Maka
setiap isteri yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti tersebut adalah
isteri yang durhaka terhadap suami dan telah melakukan maksiat kepada
Allah s.w.t. Jika kedua bentuk kederhakaan ini dilakukan sekaligus oleh
seorang isteri maka ia dikatakan sebagai isteri yang derhaka dengan
ucapan dan perbuatannya.
Sungguh rugi
wanita yang melakukan kederhakaan ini. Mereka lebih memilih jalan ke
Neraka daripada jalan ke Syurga kerana memang biasanya wanita yang
melakukan kederhakaan-kederhakaan ini tergoda oleh angan-angan dan
kesenangan dunia yang menipu.
Jalan
menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan
dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh
manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah.
Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk
hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya.
Ketahuilah
pula bahawa jalan menuju ke Neraka memang indah, penuh dengan syahwat
dan kesenangan dunia yang setiap manusia tertarik untuk menjalaninya.
Tetapi ingat dan sedarlah bahawa Neraka menanti orang-orang yang
menjalani jalan ini dan tidak mahu berpaling darinya semasa ia hidup di
dunia.
Hanya wanita yang bijaksanalah
yang mahu bertaubat kepada Allah s.w.t. dan meminta maaf kepada
suaminya dari kederhakaan-kederhakaan yang pernah ia lakukan. Ia akan
kembali berusaha mencintai suaminya dan sabar dalam mentaati
perintahnya.
3. Tabarruj
Yang
dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan
perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang wajib ditutupnya
dari pandangan lelaki bukan mahramnya.
Hal
ini kita dapati pada sabda Rasulullah s.a.w tentang wanita-wanita yang
berpakaian tapi hakikatnya telanjang disebabkan pakaian yang mereka
pakai tipisnya, berseluar ketat menampakkan bahagian-bahagian tubuh
tertentu, tidak menutup aurat sepertimana yang berlaku di dalam
masyarakat kita. Sebagaimana yang dihuraikan oleh Ibnul ‘Abdil Barr
rahimahu ‘Llah ketika menjelaskan sabda Rasulullah s.a.w tersebut. Ibnul
‘Abdil Barr menyatakan :
“Wanita-wanita
yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah yang memakai pakaian yang
tipis yang menampakkan tubuhnya atapun yang menunjukkan bentuk tubuhnya
dan tidak menutupinya, maka mereka adalah wanita-wanita yang berpakaian
pada zahirnya dan telanjang pada hakikatnya … .”
Mereka
adalah wanita-wanita yang suka dan amat gembira apabila berjaya
menampakkan perhiasan mereka, padahal Allah s.w.t. telah melarang hal
ini dalam firmanNya yang bermkasud :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 310)
Imam Az-Zahabi rahimahu ‘Llah menyatakan di dalam kitab Al Kabair :
“Termasuk dari perbuatan-perbuatan yang menyebabkan mereka dilaknat ialah menampakkan hiasan emas dan permata yang dipakai oleh mereka, memakai minyak wangi dengan yang seumpanya jika mereka keluar rumah … .”
“Termasuk dari perbuatan-perbuatan yang menyebabkan mereka dilaknat ialah menampakkan hiasan emas dan permata yang dipakai oleh mereka, memakai minyak wangi dengan yang seumpanya jika mereka keluar rumah … .”
Dengan
perbuatan seperti ini bererti mereka secara tidak langsung menyeret
kaum lelaki ke dalam Neraka, kerana pada diri kaum wanita terdapat daya
tarik syahwat yang sangat kuat yang dapat menggoncang keimanan yang
kukuh sekalipun, apa lagi iman yang lemah yang tidak dikuatkan dengan
ilmu Al Qur’an dan As Sunnah. Rasulullah sendiri menyatakan di dalam
hadis yang sahih bahwa :
“ Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sejarah sudah membuktikan bahawa betapa banyak tokoh-tokoh dunia yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. hancur hanya disebabkan pujuk-rayu wanita. Bahkan berapa banyak persaudaraan di antara kaum muslimin terputus hanya disebabkan wanita. Berapa banyak anak yang menderhaka kepada ibunya demi mencari cinta seorang wanita, dan masih banyak lagi gejala-gejala lainnya yang dapat membuktikan bahawa wanita seumpama mereka ini memang layak untuk tidak mendapatkan wanginya Syurga.
Sejarah sudah membuktikan bahawa betapa banyak tokoh-tokoh dunia yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. hancur hanya disebabkan pujuk-rayu wanita. Bahkan berapa banyak persaudaraan di antara kaum muslimin terputus hanya disebabkan wanita. Berapa banyak anak yang menderhaka kepada ibunya demi mencari cinta seorang wanita, dan masih banyak lagi gejala-gejala lainnya yang dapat membuktikan bahawa wanita seumpama mereka ini memang layak untuk tidak mendapatkan wanginya Syurga.
Hanya
dengan ucapan dan rayuan seorang wanita mampu menjerumuskan kaum lelaki
ke dalam lembah dosa yang hina, terlebih lagi jika mereka bersolek dan
menampakkan tubuh mereka kepada kaum lelaki. Tidak menghairankan lagi
jika di sana-sini terjadi jenayah dan kezaliman terhadap kaum wanita,
kerana yang demikian adalah hasil perbuatan mereka sendiri.
Hindarilah
tabarruj dan berhiaslah dengan pakaian yang disaran oleh Islam yang
akan menyelamatkan kaum wanita dari dosa di dunia ini dan azab di
akhirat kelak. Jangan diikut pemikiran sekular pemimpin-pemimpin wanita
Islam yang cuba mempertikaikan hukum-hukum Allah dan mempertikaikan
hak-hak wanita yang telah dinyatakan di dalam al-Qur’an.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah Al Ahzab ayat 33)
“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah Al Ahzab ayat 33)
Masih banyak
sebab-sebab lainnya yang menyebabkan wanita menjadi penghuni majoriti
Neraka. Tetapi cukuplah dengan tiga sebab ini sahaja yang dijelaskan di
sini kerana memang tiga perkara inilah yang sering kita dapati di dalam
kehidupan masyarakat kita.
Rasulullah
s.a.w pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum
wanita dari azab Neraka. Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya
yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran
untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda
menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian
baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”
Maka
berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya
yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya : “Mengapa
demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Bersedekahlah
kerana sedekah adalah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari
azab Neraka. Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita dari azab-Nya. Amin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar